Berita

Reunion Kawan-Kawan Lama

Minggu lepas sekumpulan anak-anak MRSM Kota Bharu bermalam di Laman Pok Nik. Mereka adakan acara tahunan di mana ada majlis khatam Al-Quran dan sebagainya di sini.

Disebabkan di sini tidak sibuk dengan tetamu-tetamu yang ramai, mereka bebas menjalankan aktiviti yang dirancang tanpa apa-apa gangguan. Kami juga membantu mereka memesan makanan. Semuanya kata sedap.

Ada juga yang memetik buah-buah yang ada. Kami izinkan kerana kami nak kongsikan kehidupan kampung dengan para tetamu.

Jika anda mencari lokasi untuk mengadakan aktiviti keluarga atau bersama kawan-kawan, anda boleh ke sini. Kalau dalam 15-20 orang tu, sesuai sangat.

#lamanpoknik #batangkali #huluselangor

Kongsi di WhatsApp Semua berita

Komen

Kongsi pendapat anda

Tinggalkan komen

Setiap komen disemak oleh pihak Laman Pok Nik sebelum dipaparkan. Hanya nama dan komen anda yang dipaparkan. Pautan dalam komen dipaparkan sebagai teks biasa. Baca notis privasi.

Lawatan

Mahu berehat bersama keluarga di sini?

Komen dipaparkan selepas disemak. Untuk bertanya tarikh atau tempahan, WhatsApp lebih cepat.

WhatsApp Nik Hazmi