Berita

Dah boleh berkhemah di Laman Pok Nik

Minggu ini ada satu kumpulan tetamu yang datang berkhemah di Laman Pok Nik. Katanya datang dari Johor. Mereka pasang beberapa buah khemah termasuk satu khemah utama yang dijadikan ruang untuk bersembang-sembang.

Inilah sebabnya kami tambah 2 tandas baharu yang siap ada tempat basuh pinggan Dan tempat untuk mengambil wuduk. Semuanya bertujuan untuk memudahkan tetamu-tetamu kami yang mahu berkhemah di sini.

Cuma, jika ada buah durian yang atas pokok-pokok di sekeliling tu, ruang ini akan ditutup. Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan tetamu-tetamu kami ni. Boleh gunakan Teratak Pok Nik yang selesa tu.

Jadi, jika anda mahu berehat atau berkhemah di Batang Kali, anda boleh meninjau Laman Pok Nik. Kita ada kemudahan yang akan menjadikan perkhemahan anda satu pengalaman yang menyeronokan.

#lamanpoknik #batangkali

Kongsi di WhatsApp Semua berita

Komen

Kongsi pendapat anda

Tinggalkan komen

Setiap komen disemak oleh pihak Laman Pok Nik sebelum dipaparkan. Hanya nama dan komen anda yang dipaparkan. Pautan dalam komen dipaparkan sebagai teks biasa. Baca notis privasi.

Lawatan

Mahu berehat bersama keluarga di sini?

Komen dipaparkan selepas disemak. Untuk bertanya tarikh atau tempahan, WhatsApp lebih cepat.

WhatsApp Nik Hazmi